KUALA LUMPUR – Enjin carian Google meraikan Hari Kemerdekaan Ke-64 Malaysia dengan memaparkan lakaran doodle atau logo sambutan merdeka.

Paparan doodle kali ini menggambarkan warisan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Putrajaya dan memaparkan ucapan daripada pemimpin negara, perarakan dan kehadiran rakyat dan pelancong sambil mengibarkan Jalur Gemilang yang digambarkan dalam karya seni Doodle.

Perbarisan Hari Kemerdekaan akan berakhir dengan tujuh laungan “Merdeka!” untuk menghormati pengisytiharan kemerdekaan yang asal.

Hari Kebangsaan diraikan pada 31 Ogos setiap tahun, sambutan yang  menandakan Malaysia bebas daripada penjajahan Britain ketika pengisytiharannya dibuat pada 31 Ogos 1957.

Sambutan ini disusuli dengan tarikh keramat 16 September 1963 yang menyaksikan pembentukan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast