Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diajak untuk bangkit dan memerdekakan semula Malaysia daripada segala bentuk kekusutan dan kemerosotan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, walaupun negara sudah merdeka lebih enam dekat lalu tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, saat-saat istimewa meraikan sebuah kemerdekaan telah hilang untuk dinikmati.

Ini kerana Malaysia terperuk dalam kancah pandemik, politik dan kemelesetan ekonomi yang meruncing.

Oleh itu, beliau mengajak seluruh rakyat negara ini mengembalikan kekuatan Malaysia.

“Kita kembali bangunkan negara unggul dan terbaik. ‘Build Stronger Malaysia, Make Nation Better’ mesti mejadi iltizam dan cita-cita baru kita.

”Watan kita adalah tanggungjawab kita, bukan hanya tanggungjawab pemerintah.

“Maka bagaimana watan ini akan kita kuat dan kita jadikan utuh adalah perjuangan kita dalam berbangsa dan bernegara,” katanya dalam hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette