KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu memerdekakan diri daripada dikongkong dan dibelenggu oleh politik toksik dan hala tuju yang tidak menentu yang menggangu-guat kewibawaan pentadbiran dan imej negara.
Tan Sri Rafidah Aziz berkata, rakyat di negara ini sekarang melalui pelbagai masalah yang mencabar.
Oleh itu, sudah sampai masanya, rakyat memperbetulkan kompas negara dengan mengikis unsur-unsur negatif perosak masyarakat dan negara.
“Kita tetapkan semua atau reset haluan kita, kita pupuk kembali nilai-nilai dan prinsip-prinsip di semua lapisan masyarakat, mengukuhkan ketahanan rakyat dan negara.
“Kita mesti memerdekan dan membebaskan negara ini daripada gejala yang memudaratkan,” tegas beliau dalam hantaran di Facebook sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara hari ini.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengingatkan bahawa merdeka membawa erti yang cukup besar kepada negara ini.
Malaysia pernah suatu ketika berpeluang membuktikan kemampuan untuk bersama-sama dalam kumpulan negara-negara membangun.
Katanya, Malaysia berjaya dengan pentadbiran yang berwibawa serta sokongan dan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Malah, negara ini berjaya mengatasi pelbagai liku-liku dan pahit dan jerih menghadapi masalah yang diharungi selepas merdeka.
Malaysia, katanya, pernah diiktiraf dunia sebagai salah satu Harimau Asia.
“Tetapi, masa berlalu. Sekarang ini pelbagai masalah telah dan sedang mencabar rakyat.
“Kita menyambut ulang tahun merdeka ke-64 dalam keadaan susah dan resah, tidak menentu, khuatir dan risau tentang hari esok dan masa depan,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
kerjasama setelah KEGAGALAN CALON KITAR semula ANWARFIKUN jadi pm…BONGKAK BUSUK HATI kerana penuh yakin jadi pm. MENOLAK tawaran yang diberi TSMY…sebab TAKSUB NOMBOR EKOR
Akhirnya MENJILAT MUNTAH KENCING mereka sendiri.
ALHAMDULILLAH negara merdeka dari Golongan Pimpinan Peliwat LGBT Munafik Pemfitnah Kemaruk Kuasa Kaki Nombor dan BEROK2 sakit MENTAL