Jabatan Counter Terrorism Bulachistan melakukan rondaan. foto: Twitter

ISLAMABAD – Pihak berkuasa keselamatan Pakistan membunuh 11 anggota kumpulan Islamic State (IS) – Khorasan dalam satu sebuan yang dilakukan di tempat persembunyian kumpulan tersebut semalam.

Para pegawai berkata, serbuan dilakukan di wilayah Baluchistan, lapor UPI.

Jabatan Counter Terrorism Pakistan berkata, tindakan itu dilakukan berikutan laporan risikan yang memperincikan lokasi tempat persembunyian tersebut.

Pihak berkuasa berkata, para anggotanya turut diserang semasa serbuan dilakukan dengan anggota kumpulan militan itu melemparkan bom tangan.

Para pegawai berkata, serangan semalam dilakukan bagi mengelak anggota IS-K menggunakan tempat persembunyian sebagai pusat perancangan untuk serangan keganasan yang akan dilakukan pada masa depan.

Polis menemui sejumlah besar simpanan senjata dan bahan letupan.

IS-K, sebuah cabang kumpukan IS Afghanistan, didakwa bertanggungjawab terhadap serangan berani mati di Kabul pada minggu lalu semasa pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS).

Serangan tersebut membunuh 13 anggota Marine dan hampir 200 penduduk Afghanistan.

Kumpulan tersebut sering melancarkan serangan bom di Quetta, ibu negeri Baluchistan.

Baluchistan, berkongsi sempadan dengan Afghanistan dan Iran, merupakan wilayah terbesar Pakistan dan ia menjadi tumpuan puak pemisah yang menuntut kemerdekaan daripada negara itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast