Bayi lelaki yang baru dilahirkan dan sihat telah ditemui dalam beg plastik di hadpan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, TTDI, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penduduk terkejut selepas terjumpa bayi baru dilahirkan dalam sebuah beg plastik di depan rumah di Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, pengadu terlihat pergerakan pelik dalam beg plastik dan disusuli tangisan sebelum menjumpainya bayi cukup sifat itu disaluti kain putih bercorak di pintu rumahnya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 9.15 pagi dan selepas itu pengadu membuat laporan  dibuat anggota polis yang bertugas di Taman Tun Control Centre Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, siasatan awal  mendapati bayi lelaki yang dijumpai itu baharu sahaja dilahirkan.

Bayi lelaki cukup sifat yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Kampung Syungai Penchala, Kuala Lumpur pagi tadi.Ihsan Polis IPD Brickfields

“Bayi dalam keadaan cukup sifat dan dijumpai di dalam plastik yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan di kampung itu dan semakan pemilik rumah telah dibuat oleh polis dan bayi berkenaan sudah dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Basri, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bayi lelaki cukup sifat yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg plastik di hadapan sebuah rumah di Kampung Syungai Penchala, Kuala Lumpur pagi tadi.ihsan foto IPD Brickfields

Beliau menagih bantuan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi lelaki ini diminta hadir ke balai polis yang berdekatan untuk memberi keterangan.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis  berdekatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast