Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan ini juga atas dasar kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zuki, kerajaan mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan itu.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. tunggu komentar juak2 calon kitar semula yg GAGAL jadi PM dan 15 yang menarik sokongan tempohari
    tidak lupa speaker kadir jasin dn fuad jakarshi DAN sekutunya

  2. Laaaa si gagal ni di lantik balik sbg Pengerusi? Dah tu bg taraf menteri plak? Habis Pak Mail sbg PM buat apa?? Makan gaji buta kaaa…Pak Mail dilantik utk memulihkan semula negara dari Covid…bukannya Pak Mail subcon kat manysia gagal bebal ni..hadoiiiii

  3. tuan shake jangan cepat menghukum dan melenting….lihat info penuh ni dlm semua akhbar….Muhyiddin sedia berkhidmat tapi tak mahu sebarang imbuhan

Comments are closed.