Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Aminuddin Yahaya Foto SHAFITY ZUL, 25 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Negara mewarisi sistem demokrasi kapitalis berdasarkan kepada humanism iaitu parti politik yang berlandaskan kepada kepentingan, kehendak, nafsu manusia terhadap harta.

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya mendakwa, disebabkan itu kesemua ahli-ahli politik dilihat semakin kaya-raya.

“Apa-apa pun yang terjadi dua benda yang menyebabkan berlaku perkara ini iaitu pertama orang itu iaitu ahli Parlimen sendiri sebagai manusia dan yang kedua dari segi politik sistem demokrasi yang kita ada hari ini.

“Jadi, kedua-dua perkara ini ia saling bergantung antara satu sama lain…kalau orang baik tapi sistem itu tidak baik maka tak betul…tetapi kalau sistem baik orang pun tak baik lagilah tak betul.

“Jadi, apa yang kita warisi hari ini adalah merupakan satu sistem demokrasi kapitalis…bila kita berharap terhadap sistem demkorasi seperti ini mana mungkin rakyat akan dapat kesejahteraan, keamanan dan keadilan yang semua kita idamkan,” katanya menerusi video pendek yang disiarkan di Facebook hari ini.

Menurut Aminuddin, tidak ada ahli politik di Malaysia yang miskin sebaliknya semua mempunyai harta kekayaan masing-masing.

Buktinya kata beliau, boleh dilihat ketika pengisytiharan harta di mana tidak ada pun dalam kalangan ahli politik itu yang mempunyai harta di bawah RM1 juta. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ketika pengisytiharan harta di mana tidak ada pun dalam kalangan ahli politik itu yang mempunyai harta di bawah RM1 juta. ….dan boleh elak dan lari dari cukai LHDN

    LHDN pun double standard….rakyat biasa bawahan akan dikorek sampai lubang cacing dan dikenakan Penalti sertamerta jika TIDAK BAYAR cukai atau taksiran ciputt….jika terlebih bayar nak pulangkan balik pun ambil masa lama.

Comments are closed.