KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.
Menurutnya, pelantikan ini sebagai suatu kesinambungan tugasan yang telah dimulakan oleh beliau, sesuai dengan pengalamannya dalam menangani pandemik Covid-19.
”Semoga gandingan beliau bersama YAB Perdana Menteri mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar, demi menjamin kelangsungan hidup dan kestabilan ekonomi rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette