Pihak sekolah menjangkakan beberapa cabaran yang perlu didepani dengan pembukaan semula sekolah pada Oktober. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pihak sekolah menjangkakan beberapa cabaran yang perlu didepani dengan pembukaan semula sekolah pada Oktober.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, LIm Bee Khim berkata, dengan kehadiran murid yang dijangka rendah, para cikgu perlu melaksanakan sistem pembelajaran hibrid.

Katanya, keadaan itu bermakna cikgu perlu mengadakan kelas biasa untuk 50 peratus murid yang hadir di sekolah, tetapi perlu mengendalikan kelas dalam talian untuk baki 50 peratus yang tidak hadiri.

“Keadaan ini bermakna cikgu perlu menghabiskan lebih banyak masa, malahan mengajar pada waktu malam,” katanya ketika menerima wawancara Berita Mandarin 8TV.

Menurutnya, walaupun sekolah akan melakukan prosedur operasi standard (SOP) secara ketat, tetapi murid masih terdedah risiko jangkitan dalam pelbagai keadaan, termasuk apabila berada dalam bas sekolah yang sesak.

Katanya, satu persoalan utama mengenai pembukaan sekolah adalah membabitkan SOP kuarantin.”Sekolah akan berdepan masalah operasi jika terdapat cikgu yang dikuarantin. Bayangkan cikgu dikuarantin di rumah, tetapi ada murid yang masuk sekolah dan ada yang berada di rumah.

“Cikgu biasanya akan masuk pelbagai kelas, bukannya satu kelas sahaja, jadi perlu ditentukan kelas mana yang perlu dikuarantin,” katanya.

Mengenai cikgu yang tidak menerima vaksin tidak boleh masuk kelas, Bee Khim berkata, adalah tidak munasabah untuk meminta guru tidak mengajar, tetapi menjalankan kerja kesetiausahaan.

Katanya, pihak kesatuan masih menunggu pengumuman dari Kementerian Pendidikan untuk cikgu yang tidak menerima vaksin.

Menurutnya, walaupun pihak sekolah menggalakkan cikgu menerima vaksin, tetapi cikgu tidak boleh dipaksa berbuat demikian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast