Shaniza pada mulanya hanya membantu jirannya membekalkan makanan kini menjadi penjual nasi lemak RM1 di hadapan rumah sendiri di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Niat asalnya mahu membantu anak jiran menjual sarapan pagi  namun tidak menyangka ia menjadi sebahagian mata pencariannya bila negara dilanda Covid-19.

Shaniza Abdul Rahman, 39, berkata, walaupun hanya  menjual nasi lemak pada harga RM1 dalam kuantiti sedikit namun apa yang dicari adalah keberkatan rezeki.

“Mula berniaga pada awal Covid-19 pada setiap pagi bermula 6.45 pagi dan habis sebelum 11 pagi. Sehari boleh jual 30 hingga 50 bungkus, tidak sangka boleh menjadi sebahagian punca rezeki sekeluarga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu juga mendapat sokongan daripada suaminya, Noha Abdul Hisyam untuk berniaga ecara kecil-kecilan di hadapan rumah mereka di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Shaniza pernah berpengalaman berkhidmat sebagai jururawat selama 12 tahun dan melakukan  kerja pengurusan pejabat kontraktor selama 10 tahun itu percaya keberkatan rezeki sentiasa ada jika ikhlas dalam apa jenis pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN :

Berita PPV Kuantan terima peserta walk in palsu

Peniaga Kuantan diajak kibar Jalur Gemilang sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

“Sebenarnya selepas bersalin anak keempat, memang berhasrat tidak mahu bekerja bidang kontraktor lagi. Jadi tercetus untuk berniaga sendiri, sebab niat nak membantu mereka di kawasan kejiranan ini,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast