LONDON – Memphis Depay menjaringkan hatrik pertama peringkat antarabangsa apabila Belanda berjaya membelasah Turki dalam aksi Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.
Gol pertama Oranje selaku tuan rumah hadir seawal minit pertama menerusi Klaassen.
Kemudian bintang Barcelona, Depay membuka gol kedua pada minit ke-16 sebelum menambah jaringan ketiga skuadnya pada minit ke 38 menerusi penalti.
Di babak kedua, Oranje terus mengancam gawang gol pelawat selepas Depay menjaringkan gol keempat pasukannya dan juga hatrik peribadi di pentas antarabangsa pada minit ke-54.
Pemain Turki Caglar Soyuncu yang dibuang padang dengan dilayang kad merah pada minit ke-44 di separuh masa pertama membuka ruang untuk Belanda terus merobek gawang lawan tanpa belas kasihan.
Pada minit ke-80 Til membuka gol kelima Oranje sebelum gol keenam menyusul menerusi Malen 10 minit kemudian.
Namun Turki yang beraksi dengan 10 pemain selepas seorang pemain pertahanannya dibuang padang tidak berputus asa sebelum berjaya mendapatkan gol tunggal pasukannya pada minit kecederaan ke-92 sebelum wisel tamat perlawanan ditiup pengadil.
Kini dengan kemenangan itu Belanda mengungguli carta kumpulan G dengan 13 mata dengan jumlah jaringan 16 gol dalam enam perlawanan setakat ini berbanding Norway di tempat kedua.- BBC Sport.com