Muhyiddin Yassin

KKUALA LUMPUR – Memang tidak mustahil untuk Tan Sri Muhyiddin dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) membuat kemunculan semula pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, beliau seorang ‘fighter’, kata Mohd Puad Zakarshi.

Muhyiddin juga seorang manipulator yang baik kerana beliau tahu ambil kesempatan.

”Sebab itu dia boleh jadi PM ke-8 melalui Sheraton Move. Dia jadi TPM zaman Najib, setelah menekan Pak Lah untuk percepatkan peralihan kuasa.

”Kini dia dan PPBM masih dalam kerajaan walaupun terpaksa meletak jawatan PM. Dia tahu apa akan dibuat sebab dia ada “langkah” rahsia,” kata Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam hantaran di Facebook.

Cuma, katanya, penghalang Muhyiddin adalah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta akar umbi UMNO yang menolak Bersatu.

Jelasnya, Presiden Bersatu itu tidak pernah ada akar umbi yang kuat.

Manakala UMNO pula sudah membuat keputusan bahawa 16 kerusi parti itu yang melompat masuk Bersatu dan Warisan akan kekal miliknya pada PRU ke-15.

Penghalang utama Muhyiddin adalah Najib, Zahid dan akar umbi UMNO yang menolak PPBM. Muhyiddin tidak pernah ada akar umbi yang kuat.

UMNO sudah buat keputusan, 16 kerusi UMNO yang melompat masuk PPBM dan Warisan kekal milik UMNO di PRU ke 15.

”Tiada kompromi. Semuanya bergantung “parti” mana yang dominan dan menguasai kerajaan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Puad Puad…tak habis habis lagi ke nak adu domba sesama melayu, asyik nak memanaskan line je ko ni apa kerja.

Comments are closed.