Lukaku meraikan gol pertamanya di Stamford Bridge hadapan penyokong sendiri dalam aksi menang 3-0 ke atas Aston Villa awal pagi tadi.foto Kredit: BBC Sport via Getty Images.

LONDON – Romelu Lukaku akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama di halaman sendiri disaksikan para penyokongnya setelah kembali dari Inter Milan Julai lalu.

Justeru, bintang Belgium itu menyifatkan jaringan gol di hadapan penyokong di Stamford Bridge adalah sesuatu yang istimewa.

“Sejak kecil lagi menjadi impian saya menjaringkan gol untuk Chelsea di Stamford Bridge dan kini teruja menjadi kenyataan,’ katanya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menantang Aston Villa.

Lukaku menjaringkan dua gol selepas menang 3-0 ke atas Aston Villa.

“Adalah menjadi cita-cita saya sejak usia 11 tahun, untuk saat inilah saya bekerja keras selama ini. Sebelum ini karier awal saya di Stamford Bridge tidak seimbang tetapi tiga tahun kebelakangan ini saya telah menemui konsistensi dalam aksi saya dan berjaya menjaringkan gol di tempat saya sendiri,” ujarnya.

Lukaku juga menjelaskan musim ini lebih mencabar untuk the Blues kendalian Thomas Tuchel disebabkan pasukan lain Manchester United, Manchester City dan Liverpool memberi saingan kuat untuk merangkul gelaran EPL.

“Saya dapat lihat musim ini sangat mencabar, maka kami perlu bersedia untuk mengharungi cabaran itu jika mahu menang gelaran EPL kali ini, perlu terus fokus dan elak kesilapan tidak sepatutnya dalam setiap perlawanan akan datang,” katanya.- BBC Sport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast