Makanan yang siap dibungkus untuk petugas barisan hadapan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
JOHOR BAHRU – Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah  Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan makanan tengah hari kepada 180 petugas barisan hadapan dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sumbangan peribadi ini disampaikan oleh wakil Tunku Tun Aminah, Nurfarah Syafikha kepada wakil Ketua Penyelaras PPV UTM, Dr Mohd Raizul Zinalibdin untuk diedarkan kepada penerima pada hari ini.
Menerusi perkongsian The Royal Johor, kurniaan tersebut adalah sebagai penghargaan atas pengorbanan dan perjuangan dalam mendepani pandemik Covid-19.
PPV PRZS UTM merupakan salah satu PPV fasa ketiga yang beroperasi sejak 19 Julai 2021 melibatkan 128 petugas dan 52 orang sukarelawan MyVac berjumlah 180 orang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast