Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Bilangan kes positif harian Covid-19 setakat  12 tengah hari ini menyaksikan kenaikan kepada 19,495 kes berbanding 15,669 kes yang dilaporkan pada waktu yang sama semalam.

Ia menyaksikan pertambahan sebanyak 3,826 kes positif sekali gus menjadikan bilangan kes kumulatif positif Covid-19 dalam negara  sebanyak 2,030, 935 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak yang merekodkan 1,983 kes semalam naik mendadak menjadi 4,709 kes hari ini dengan bilangan kes kumulatif positif adalah 167, 012 kes.

Manakala Selangor yang merekodkan 2,632 kes semalam menunjukkan kenaikan sedikit kepada 2,710 hari ini.’

Namun dari segi bilangan kes kumulatif, Lembah Klang itu masih tinggi dengan 648,922 kes.

Satu lagi negeri yang mencatatkan kes harian melebihi paras 2,000 kes hari ini adalah Sabah iaitu 2,015 kes dengan kes kumulatif sebanyak 179, 311 kes.

Manakala lima negeri lagi merekodkan kes positif harian di bawah paras 2,000 iaitu bermula dari Johor (1, 860) dengan 170,085 kes kumulatif, Pulau Pinang (1,757) dan kes kumulatif berjumlah 112,913 kes).

Diikuti Kelantan (1,434 kes, kumulatif 97,644 kes), Kedah (1,178 kes, kumulatif 121,503 kes), dan Perak sebanyak 1,174 kes dengan kes kumulatif 85,696 kes.

Enam negeri merekodkan kes harian positif Covid-19 di bawah paras 1,000 iaitu Terengganu sebanyak 993 kes dengan 44,981 kes kumulatif, Pahang sebanyak 766 kes (54,034 kes kumulatif).

Kuala Lumpur mencatatkan 363 kes positif dengan kes kumulatif berjumlah 181, 240 kes.

Negeri Sembilan turut merekodkan bilangan positif sebanyak 222 kes dengan kes kumulatif sebanyak 94, 988 kes.

Melaka menunjukkan 190 kes positif dengan 53, 968 kes kumulatif, Perlis  108 kes positif dengan kes kumulatif terendah negara iaitu 2,970 kes.

Putrajaya pula merekodkan hanya 16 kes sahaja dengan 5,778 kes kumulatif.

Labuan satu-satunya negeri yang merekodkan sifar kes positif hari ini dan jumlah kes kumulatif kekal pada kadar 9,890 kes. – MalaysiaGazette