Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 5,247 kluster sehingga jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kluster yang telah tamat adalah 3,860 kluster dan kluster aktif adalah sebanyak 1,387.

“Daripada 18,815 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 244 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 17,333 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Bagi kes tempatan dilaporkan adalah sebanyak 17,574 kes 15,438 warganegara, 2,136 bukan warganegara dan kes import adalah tiga kes (tiga warganegara),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes sembuh  adalah sebanyak 22,970 kes dengan pertambahan kes baharu adalah 17,577 kes menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 2,067,327.

Jumlah kes baharu itu turun berbanding semalam yang mencatat kes 18,815.

Sarawak terus mencatat kes tertinggi dengan 3,480 kes diikuti Selangor (2,646) dan Johor (2,334).

Empat negeri yang merekodkan kes positif harian di bawah paras 2,000 ialah Perak dengan 1,596 kes, Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).

Enam negeri merekodkan kes harian di bawah 1,000 kes ialah Kelantan sebanyak 869 kes disusuli Pahang (832), Terengganu (719), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (366), Melaka (287) dan Negri Sembilan (198).

Tiga negeri dilapor mencatatkan kes Covid-19 di bawah paras 50 adalah Perlis (41), Wilayah Persekutuan Putrajaya (31) kes dan Labuan (10).

Sementara itu, berdasarkan laman sesawang laman Covidnow.gov.my semalam, sebanyak 346 kes kematian dilaporkan.

Daripada jumlah itu sebanyak 97 kes dilaporkan di Lembah Klang yang mana 94 daripadanya dikesan di Selangor manakala tiga lagi direkodkan di Kuala Lumpur.

Sebanyak 92 kes kematian direkodkan di Kedah manakala Pahang, Labuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan sifar kes kematian semalam. – MalaysiaGazette