Jalan Simpang Pulai - Blue Valley dibuka untuk kenderaan ringan hari ini. Foto - JKR Malaysia

KUALA LUMPUR – Lencongan di lokasi jalan runtuh laluan Jalan Simpang Pulai – Blue Valley, Cameron Highlands di Kilometer 43.95 dibuka kepada kenderaan ringan yang kurang daripada 5 tan, bermula jam 8 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR),  pembukaan laluan lencongan sepanjang 450 meter itu tidak melibatkan kenderaan berat.

“Sehubungan itu, kenderaan berat dinasihatkan menggunakan laluan FT59 Jalan Tapah – Cameron Highlands sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Kerja-kerja kawalan dan pembaikan cerun runtuh sedang giat dilaksanakan di tapak demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di masa hadapan,” katanya.

JKR juga mengingatkan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi pandu arah lencongan ketika menggunakan jalan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast