Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Seorang pelajar kolej yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh seorang lelaki ketika sebuah majlis hari jadi hari ini terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan di sini mengetepikan sabitan itu hari ini.

Sebelum itu, pada tahun 2019, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang remaja kerana berusia 22 kerana kesalahan berkenaan.

Tiga panel hakim yang diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara mendapati tertuduh, P Dhivyaprabu tidak bersalah bagi kesalahan itu.

Mahkamah memutuskan pengecaman yang mendakwa Dhivyaprabu melakukan perbuatan itu (menikam) tidak memuaskan dan tidak memenuhi peruntukan Seksyen 300 Kanun Keseksaan dan menilai bukti bagi menyokong dapatan itu.

Dhivyaprabu yang kini sudah berusia 25 tahun didakwa telah menikam mangsa, Muhammad Jeffri Abu Bakar di sebuah pub di Sri Hartamas empat tahun lepas antara pukul 4 hingga 4.15 pagi pada Januari 2017.

Mangsa dipercayai telah ditikam menggunakan sebilah pisau berukuran tiga inci.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh pada 30 Mei 2019.

Semasa kejadian, pergaduhan telah tercetus antara 20 orang individu termasuklah kawan-kawan Dhivyaprabu seramai 10 orang ketika berada di pub berkenaan untuk menyambut majlis hari jadi.

Dhivyaprabu juga didakwa telah melarikan diri ke Johor namun kembali apabila mendapat tahu mangsa adalah seorang mangsa malah turut menjadi buruan pihak berkuasa selepas beberapa laporan polis terhadapnya. -MalaysiaGazette