KUALA LUMPUR – Pelawak, Shuib Sepahtu akhirnya berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.
Menerusi Instagram miliknya, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat berdurasi dua minit lapan saat.
“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib p
Menerusi video, Ayash kelihatan sihat dan bersemangat walaupun sedang tidur di atas katil bayi.
Namun video itu mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang pengorbanan Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak keempat itu.
Pada 9 Ogos lalu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangaan Malaysia akibat Covid-19.
Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. – MalaysiaGazette