Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api akibat kejadian kebakaran di Kampung Baru Karak di Bentong, Pahang. Foto FARHAN MAHAMD, 1 OKTOBER 2021.

BENTONG – Kawasan Kampung Baru Karak di sini yang terbakar sehingga mengakibatkan 48 rumah dan lapan kedai runcit musnah sepenuhnya dalam kejadian malam tadi dikawal oleh polis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pasukannya telah turun ke lokasi dan membuat kawalan di sekitar kawasan sejak malam tadi.

Beliau bersama pegawai dan anggota IPD Bentong juga hadir di untuk membantu dari segi kawalan keselamatan dan ketenteraman awam termasuk kawalan trafik di lokasi kejadian.

“Pihak saya buat kawalan di kawasan sekitar dari semalam bagi membantu pihak bomba yang menjalankan siasatan mengenalpasti punca kebakaran.

“Tindakan itu diambil agar tempat kejadian kebakaran tidak diceroboh pihak tidak berkenaan dan menganggu siasatan forensik bomba di lapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zaiham, pasukan IPD Bentong menerusi Ketua Polis Balai Karak akan membantu penduduk yang terjejas dalam kebakaran itu dalam proses membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sekitar pukul 9.10 malam tadi, Kaunter Pertanyaan Balai Polis Karak terima panggilan dari orang awam memaklumkan telah berlaku kebakaran di Kampung Baru Karak.

Kebakaran melibatkan sebanyak 48 buah rumah kediaman dan lapan buah kedai manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Difahamkan sebanyak 95 peratus kemusnahan berlaku di kawasan perumahan seluas 7, 000 meter persegi itu akibat kebakaran malam tadi.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

48 rumah, lapan kedai hangus dijilat api di Kampung Baru Karak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast