Foto Instagram Nora Danish.

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna Facebook mendedahkan sekolah berasrama penuh swasta anak pelakon, Nora Danish merupakan sekolah persendirian elit di negara ini.

Ini kerana hasil carian individu itu mengenai yuran tahunan Kolej Tuanku Ja’afar itu mencecah puluhan ribu ringgit setahun.

Menerusi perkongsian pengguna tersebut, yuran tahunan untuk Tahun 5 dan 6 adalah RM39,690 untuk setahun dan ia tidak termasuk yuran after school care sebanyak RM12,000 setahun.

Lebih mengejutkan, yuran tahunan untuk sekolah menengah yang tinggal di asrama hampir RM150,000 setahun.

Kelmarin, Nora berkongsikan video menghantar anak sulungnya Putera Rayqal, 12, ke sekolah berasrama penuh swasta di Mantin, Negeri Sembilan.

Nora juga tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya buat pertama kali.

Namun, ada netizen yang tertanya-tanya sekolah mana yang mengambil kanak-kanak berusia 12 tahun untuk tinggal di sekolah berasrama penuh. – MalaysiaGazette