The officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) bring five staff from a hospital to the Shah Alam Magistrate Court for remand order, after they are suspected to have instigated and received more than RM20,000 in gratification for managing corpses at the hospital. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 07 OCTOBER 2021.
The officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) bring five staff from a hospital to the Shah Alam Magistrate Court for remand order, after they are suspected to have instigated and received more than RM20,000 in gratification for managing corpses at the hospital. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 07 OCTOBER 2021. Lima Kakitangan hospital dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah reman selepas disyaki meminta dan menerima suapan lebih RM20,000 sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 OKTOBER 2021.

SHAH ALAM – Lima kakitangan sebuah hospital di Selangor direman lima hari selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Terdahulu, kelima-lima kakitangan hospital itu hadir dengan tangan bergari dibawa oleh anggota SPRM pada jam 9.14 pagi tadi.

Kesemua suspek yang berumur antara 34 hingga 44 tahun itu ditahan semalaman selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Selangor.

Dilaporkan, kegiatan meminta suapan ini dipercayai dilakukan sejak Ogos 2019 hingga Ogos 2021.

Jumlah suapan lebih RM20,000 dan melibatkan lebih kurang 100 waris jenazah.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim semalam  dilaporkan berkata, kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.-MalaysiaGazette