worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 392 kes lagi yang mempunyai varian membimbangkan (VOC) termasuk 384 daripadanya ialah Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, varian berkenaan berjaya dikesan hasil kajian berterusan yang dijalankan oleh Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM), Fakulti Perubatan Universiti Malaysia dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi MARA.

Katanya, kajian berkenaan turut dijalankan oleh Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (TIDREC-UM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Genom Malaysia (GMI).

“UMBI-UKM mengenalpasti sebanyak 91 kes yang kesemuanya varian Delta, FOM-UM (83 kes iaitu 79 varian Delta serta empat varian Beta), iPROMISE-UiTM (77 kes varian Delta) dan TIDREC-UM (51 kes iaitu 50 varian Delta dan satu Beta).

“Varian berkenaan turut dikesan oleh GMI iaitu sebanyak 48 kes membabitkan 47 varian Delta dan satu Beta, IMR (42 kes iaitu 40 varian Delta dan dua varian Beta),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Memperincikan mengenai varian berkenaan, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi Beta masing-masing tiga dikesan di Selangor dan Sabah manakala masing-masing satu dilaporkan di Negeri Sembilan dan Kelantan.

“Bagi 384 kes varian Delta semua negeri terdapat penambahan iaitu sejumlah 109 kes dikesan di Selangor, Pulau Pinang (46), Kuala Lumpur 942), Negeri Sembilan (34), Pahang (33), Melaka (31), Johor (28), Sabah (21), Terengganu (16), Kelantan (12), Perak (7), masing-masing dua di Putrajaya dan Labuan serta satu di Kedah,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant Under Monitoring (VUM) adalah sebanyak 2,252 kes.

“Daripada jumlah berkenaan, 2,232 kes adalah VOC dan 20 kes lagi adalah varian mempunyai kepentingan (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak; 1,996 varian Delta, Beta (222) dan Alpha (14).

“Bagi VOI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah membuat semakan semula pada 30 September lalu dan mendapat terdapat hanya dua VOI yang baru iaitu Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) manakala Theta, Kappa dan Eta dikategorikan sebagai VUM,” katanya. – MalaysiaGazette