PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KANGAR – Seorang lelaki meninggal dunia dengan keadaan tangan terikat selepas terlibat dalam satu pergaduhan dipercayai berkaitan duit sewa rumah di Kampung Guar Sabun, Batu Pahat dekat sini, pada malam semalam (8 Okt).

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata, dalam kejadian pada 8.30 malam itu, pihaknya yang tiba di lokasi menemukan mayat Kamarul Izahar Mat Nanyan, 49, terlentang berhampiran pagar sebuah rumah dengan kesan kecederaan kecil di dahi.

Katanya, susulan kejadian itu, empat lelaki berusia lingkungan 39 hingga 55 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Mangsa dipercayai datang ke sebuah rumah untuk mengutip sewa daripada seorang lelaki tetapi tidak dipedulikan sehingga tercetus pertengkaran di antara mereka membabitkan penggunaan parang.

“Mangsa yang berang bertindak menetak cermin sebuah kereta dan turut mencederakan lelaki berkenaan sebelum pergaduhan dileraikan oleh beberapa penduduk yang kemudian bertindak mengikat tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Wari, mangsa kemudiannya didapati sudah tidak bergerak dan disahkan telah meninggal dunia, manakala lelaki yang cedera akibat ditetak kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

“Mayat Kamarul Izahar telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast