LONDON – Neymar membayangkan Piala Dunia 2022 akan menjadi yang terakhir buatnya selepas dia bergelut untuk menangani tekanan bermain dalam peringkat antarabangsa, lapor Eurosport.
Penyerang Brazil itu bakal menamatkan karier antarabangsanya selepas kejohanan di Qatar tahun depan ketika dia hanya berusia 30 tahun.
Neymar membuat penampilan pertama buat Brazil pada 2010 dan menjaringkan 69 gol dalam 113 perlawanan buat negaranya.
Namun bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak tahu jika dia masih ada ‘kekuatan’ untuk meneruskannya.
Sejak kebelakangan ini, Neymar berdepan hubungan tegang dengan penyokong Brazil.- Agensi