Tiga beradik yang berjaya diselamatkan selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di No. 8, Jalan Abadi Pulau Meranti, Puchong hari ini. Foto: Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Tiga beradik nyaris maut selepas stor di dalam rumah teres dua tingkat yang didiami mereka terbakar dalam kejadian Puchong, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 10.15 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

Katanya, seramai 10 anggota digegaskan sejurus menerima panggilan itu dengan membawa bersama beberapa jentera dan kelengkapan untuk memadam api.

“Setibanya anggota di tempat kejadian didapati stor di dalam rumah tersebut telah terbakar 10 peratus. Api berjaya dipadamkan dan tiga orang kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun berjaya diselamatkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kanak-kanak perempuan perempuan berusia sembilan tahun mengalami sesak nafas manakala dua lagi kanak-kanak lelaki berumur lapan dan satu tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua kanak-kanak terbabit diselamatkan oleh kakaknya menerusi pintu gelungsur di rumah itu.

Ibu bapa mangsa bekerja semasa kejadian, ujarnya.

Bomba sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca kejadian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast