Op Sarang di Rompin, Pahang.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima sarang dadah di kawasan Felda di Rompin, Pahang digempur dalam Op Sarang yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang,  Supritendan Mohd Azam Ab Razak, pihaknya turut merampas 1,410.07 gram heroin dan 66.05 gram syabu.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM105,200.

“Operasi bertumpu di kawasan Felda bagi mengambil tindakan terhadap individu atau sindiket yang melakukan aktiviti dan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Turut ditangkap 136 orang yang terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Terdahulu Mohd Azam berkata, Op Sarang itu diadakan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Oktober lalu.-MalaysiaGazette