Lawyer, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah arrives at the Palace Appeal for the case of his client, Datuk Seri Najib Razak who is seeking to set aside his conviction on money laundering, criminal breach of trust and power abuse of SRC International Sdn Bhd’s funds. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 06 APRIL 2021. Abdul Karim Abdul Jalil Mohd Nazlan Mohd Ghazali
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. foto: AFFAN FAUZI. 06 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Prosiding kes penggubahan wang haram membabitkan wang RM9.5 juta terhadap peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditangguh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ini kerana peguambela yang mewakili Muhammad Shafee terpaksa menghadiri sebuah majlis pengebumian.

Harvinderjit Singh yang mengetuai pasukan bela menghadiri upacara pengebumian pengajarnya yang bertindak selaku mentor sebelum beliau diterima masuk sebagai peguambela dan peguam cara.

Defence Counsel of Datuk Seri Najib Tun Razak, Harvinderjit Singh
Harvinderjit Singh

Sepatutnya, perbicaraan hari ini bersambung dengan tiga lagi saksi terakhir memberikan keterangan mereka.

Peguambela, Sarah Abishegam memaklumkan tarikh  gantian iaitu pada 26 dan 27 Oktober ini dan memohon supaya tarikh pada November ini dilapangkan kerana anak guamnya terikat dengan kes lain.

“Perbicaraan selama empat hari adalah memadai kerana hanya tinggal empat saksi lagi akan dipanggil dan mencadangkan tarikh seterusnya pada 8 dan 10 Disember ini,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Manakala Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz yang mengetuai pendakwaan mengesahkan pihaknya tiada bantahan terhadap penangguhan dan tarikh yang dinyatakan peguam bela.

Muhammad Jamil kemudian menetapkan 26 Oktober ini bagi sambung bicara serta melapangkan tarikh November ini.

Muhammad Shafee berdepan dengan dua tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau dikatakan menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014 dan berdepan dengan dakwaan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Jika sabit beliau boleh dihukum denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Beliau juga berhadapan dua tuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. -MalaysiaGazette