MIT

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengenakan duti anti-lambakan import keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang dieksport dari negara China, Korea dan Vietnam.

Kadar yang ditetapkan kepada Bengang Steel Plates Co. Ltd. ialah 42.08%, BX Steel POSCO Cold Rolled Sheet Co, Ltd. (35.89%), Jiangsu Shagang International Trade Co., Ltd. (42.08%) dan lain-lain (42.08%).

Korea pula melibatkan Hyundai Steel Company 11.55% dan lain-lain 21.64%.

Tiga syarikat dari negara Vietnam iaitu China Steel Sumikin Viet Nam Joint Stock Company (33.70%), POSCO – Viet Nam Co, L.td. (7.42%) dan lain-lain (33.70%).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, penyiasatan tersebut dijalankan berdasarkan petisyen yang dikemukakan oleh Mycron Steel CRC Sdn. Bhd. bagi pihak industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa.

Kajian semula itu dijalankan ke atas import keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang mempunyai ketebalan antara 0.20 milimeter hingga 2.60 milimeter dan kelebaran antara 700 milimeter hingga 1,300 milimeter.

Berdasarkan subseksyen 28(8) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993, kajian semula pentadbiran dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk menentukan sama ada terdapat keperluan melanjutkan tempoh pengenaan duti anti-lambakan bagi mengimbangi lambakan atau/dan menghalang kemudaratan yang berterusan sekiranya pengenaan duti ini dihentikan atau diubah.

”Kerajaan juga telah membuat penentuan muktamad bahawa duti anti-lambakan muktamad tidak akan dikenakan ke atas import plat hitam kilang timah dan dagangan subjek yang diimport bagi maksud penggunaan akhir automotif.

”Kutipan duti anti-lambakan ini akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selama lima tahun, mulai 9 Oktober 2021 hingga 8 Oktober 2026.

”Pelanjutan pengenaan duti anti-lambakan ke atas import dagangan subjek dari China, Korea dan Vietnam ini diharap akan dapat menangani isu amalan perdagangan tidak adil,” katanya.

Menurut MITI, pihak berkepentingan seperti pengeluar dalam negeri, pengimport, pengeluar asing/pengeksport dan persatuan-persatuan yang berkaitan dengan penyiasatan boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit laporan penentuan muktamad dengan membuat permohonan bertulis kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di alamat:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Aras 9, Menara MITI
No. 7 , Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
Malaysia – MalaysiaGazette