Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan mengurniakan anugerah kepada pemenang sempena sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Pahang, hari ini.

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah rakyat menerapkan konsep manhaj rabbani dalam segala urusan kehidupan.

Manhaj rabbani merupakan konsep amalan, perbuatan dan matlamat hidup hanya kepada Allah sebagai keutamaan dan panduan.

Titah baginda, golongan remaja atau belia harus menjadikan baginda Rasulullah sebagai model ikutan atau idola.

“Nabi Muhammad SAW amat bertanggungjawab kepada rakyat, amanah dengan tugas, pengasih terhadap isteri, anak-anak dan ahli keluarga, baik terhadap jiran-jiran, penyantun terhadap orang yang lebih tua, ceria terhadap kanak-kanak, penyayang terhadap haiwan dan amat prihatin terhadap persekitaran.

“Selain itu, Rasulullah SAW amat berhemah dalam tutur kata, tekun dalam pekerjaan, berhati-hati dalam membuat keputusan, berjaya dalam mendidik, berani dalam perjuangan, berseni dalam peperangan, dan amat tegas dalam prinsip,” titahnya selepas berkenan mencemar duli ke sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat Negeri Pahang di sini hari ini.

Tengku Hassanal bertitah, dalam dunia pekerjaan pula, wajar untuk menerapkan nilai tersebut supaya sebati dalam diri supaya dijauhi daripada isu-isu bekerja sambil lewa, malas, rasuah, tidak berintegriti, pecah amanah dan sebagainya.

“Semua kerja yang kita lakukkan, Insya-Allah akan membuahkan hasil kerja yang bermutu dan berkualiti tinggi, kerana kita telah niatkan kerja kita, hanya kepada Allah,” titah baginda.

Selain itu baginda bertitah, konsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus bukanlah suatu perkara atau amalan baharu.

“Bagaimana kita menguruskan alam sekitar, flora dan fauna, bagaimana kita menguruskan sosial dan masyarakat, bagaimana kita menguruskan kerajaan, dengan semuanya mestilah ber-pandukan al-Quran dan hadis nabi.

“Kita harus bijaksana untuk membangunkan negeri Pahang ini, agar ianya membangun  tetapi pada masa yang sama kekal hijau dan lestari,” titahnya.

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang kepada Ramli Mohamed yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta sijil dan plak.

Majlis disambut secara sederhana  dengan pematuhan prosedur operasi standard di Hotel Zenith di sini dan dihadiri oleh barisan pimpinan kerajaan negeri dan hampir 200 tetamu.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Bsar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan  doa dibacakan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast