Roket KSLV-II NURI dilancarkan dari pusat pelancaran Pusat Angkasa Naro di Goheung, Korea Selatan, 21 Oktober 2021. Foto REUTERS

GOHEUNG – Korea Selatan melancarkan roket buatan tempatan hari ini dalam satu ujian pelancaran yang mana ia merupakan kemajuan utama dalam perancangan penerokaan angkasa negara itu

Roket KSLV-II Nuri yang memaparkan bendera Korea Selatan membawa satelit ‘dummy’ dilancarkan dari Pusat Angkasa Naro pada jam 5 petang.

Roket Nuri (bermaksud dunia) direka untuk meletakkan muatan seberat 1.5 ton di orbit pada jarak 800 kilometer di atas bumi sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih meluas seperti pelancaran satelit untuk pemantauan, navigasi serta komunikasi, malah kenderaan angkasa bulan

Dipantau Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea (KARI), roket seberat 200 tan itu dipindahkan ke tapak pelacarannya semalam.

Pelancaran ruang angkasa telah lama menjadi isu sensitif di semenanjung Korea yang mana Korea Utara menghadapi sekatan atas program peluru berpandu balistik nuklearnya.

Korea Selatan merancang untuk melancarkan rangkaian satelit ketenteraan pada masa depan tetapi para pegawai menafikan Nuri digunakan sebagai senjata.

Kali terakhir Korea Selatan melancarkan roket pada 2013 yang dilakukan dengan kerjasama Rusia setelah beberapa penundaan dan beberapa ujian gagal.

Dengan memiliki roket sendiri akan memberi Korea Selatan fleksibiliti untuk menentukan jenis muatan dan jadual pelancaran selain memberi manfaat kepada syarikat negara itu, kata para pegawai kepada Reuters.- Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast