Lira-kira 1.3 juta kanak-kanak di Afghanistan kekurangan zat. foto Getty Images

DUBAI – Jutaan rakyat Afghanistan termasuk kanak-kanak akan mati kebuluruan melainkan tindakan segera diambil untuk menarik balik Afghanistan daripada ambang kehancuran, seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) David Beasley berkata, seramai 22.8 juta orang – lebih daripada separuh daripada 39 juta penduduk Afghanistan – menghadapi ketidakjaminan makanan akut dan kelaparan berbanding jumlah 14 juta pada dua bulan yang lalu.

“Anak-anak ini akan mati. Mereka kelaparan. Perkara akan menjadi lebih buruk.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak digambarkan negara yang tidak mempunyai berjuta-juta orang dan terutama anak-anak, mati kerana kekurangan dana dan ekonomi yang runtuh,” katanya di Dubai sambil meminta dana-dana yang dibekukan ditarik balik demi kemanusiaan.

Afghanistan dilanda krisis pada bulan Ogos setelah pejuang Taliban mengusir pemerintah yang disokong Barat, mendorong para penderma menahan bantuan bernilai jutaan dolar untuk ekonominya yang bergantung kepada bantuan.

Krisis makanan, yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim, semakin teruk di Afghanistan walaupun sebelum pengambilalihan oleh Taliban.

Pentadbiran baharu Taliban telah disekat daripada mengakses aset yang dipegang di luar negara ketika rakyat negara itu bergelut dengan cara pemerintahan yang keras.

“Apa yang kami ramalkan menjadi kenyataan, lebih cepat daripada yang kami jangkakan. Kabul jatuh lebih cepat daripada jangkaan sesiapa dan ekonomi jatuh lebih cepat daripada itu,” kata Beasley.

Katanya, dan-dana yang diperuntukkan untuk bantuan pembangunan harus dikembalikan untuk bantuan kemanusiaan, yang telah dilakukan oleh beberapa negara,atau dana yang dibekukan disalurkan melalui agensi tersebut.

“Anda mesti menarik semula dana-dana yang dibekukan supaya rakyat Afghanistan dapat bertahan,” ujar beliau.

Agensi makanan PBB memerlukan sehingga AS$220 juta sebulan untuk memberi makan kepada sebahagian daripada hampir 23 juta orang yang rentan ketika musim sejuk hampir tiba. – Reuters