Foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini menangguhkan pelantikan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Penangguhan pelantikan itu diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Menurut Peraturan 10(2) saya kemukakan usul menangguh pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat seperti perkara 1 yang tertera dalam Aturan Mesyuarat usul-usul hari ini ke mesyuarat akan datang,” katanya.

Usul tersebut kemudiannya diterima selepas majoriti Ahli Dewan Rakyat menyokongnya.

Penangguhan ini adalah kali kedua, kali pertama ditangguhkan pada 14 September lalu.

Pada 23 Ogos lalu, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast