Habibah Mohd Tahir ditemani anaknya Ariff ketika menerima dos penggalak di PPV KPJ Johor hari ini.
JOHOR BAHRU – Pusat Pemberian Vaksin PPV Hospital Pakar KPJ Johor terus menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila suntikan dos penggalak mula diberikan kepada golongan warga emas di negeri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor, Mohd Azhar Abdullah berkata, pada hari ini, PPV KPJ Johor telah menerima kira-kira 200 individu berusia diantara 85 tahun dan ke atas bagi suntikan dos penggalak.
Kesemua penerima dos penggalak hadir selepas menerima notis dalam MySejahtera atau menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Individu yang layak dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera selain itu, pihak kami tidak menerima secara walk-in mahupun secara berbayar bagi dos penggalak,” katanya.
Tambah Mohd Azhar lagi, rata-rata penerima dos penggalak  merupakan penerima dua dos lengkap vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.
Vaksin Comirnaty daripada Pfizer-BioNTech diberikan kepada penerima dos penggalak bagi individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin
Azhar berkata, pihak Pengurusan Hospital Pakar KPJ Johor amat bebesar hati apabila PPV kami terus diberi peluang untuk memastikan perlindungan kesihatan rakyat malaysia terus dijaga terutama dalam pemberian vaksin Covid-19 di negara ini.
Sementara itu, penerima vaksin dos penggalak, Habibah Mohd Tahir, 87, yang hadir bersama anaknya Ariff Zakaria, 53, melahirkan rasa syukurnya dengan keprihatinan KPJ Johor dengan suntikan Yang diberi.
Menurut Ariff, emaknya menerima temujanji bagi dos penggalak ini pada Isnin lalu untuk hadir pada harini ini di PPV KPJ Johor.
“Pihak kerajaan telah menyarankan untuk mengambil dos penggalak kepada golongan warga emas jadi saya harus patuh demi kebaikan emak saya dan sekeluarga untuk menerima dos ketiga ini.”
“Dari dos pertama dan dos kedua pada Julai lalu, alhamdulilah emak saya tidak mempunyai alahan atau kesan yang teruk selepas divaksin Covid-19,” katanya.
Manakala, bagi salah seorang penerima dos penggalak  Ee Mok Yen, 86 tahun menjelaskan ini antara terbaik untuk melindungi dari jangkitan virus covid -19 yang lebih teruk.
“MySejahtera dah beri temujanji jadi kita ikut untuk kesihatan kita pada masa akan datang. Setakat ini semua dos saya ambil tidak mengalami alahan yang teruk,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast