KUALA LUMPUR – Al-Madinah International University (Mediu) terus pilihan institusi pengajian tinggi (IPT) dari luar negara bagi memperluaskan peluang pendidikan dan kerjasama dalam pelbagai bidang secara profesional di peringkat antarabangsa.
Ketua Eksekutif Mediu, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman berkata, pihaknya telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pan African International University dari Somalia dalam bidang pendidikan, kajian ilmiah dan penerbitan jurnal.
Jelas beliau, IPT tersebut merupakan institusi yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Somalia.
“MoU ini merupakan platform bagi kerjasama masa depan dalam pelbagai bidang akademik dan khidmat masyarakat yang dapat diusahakan bersama oleh Mediu dan Pan African International University,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
MoU itu ditandatangani Dr Fadhlan bersama Cancelor, Pan African International University, Prof, Isahak Ahmed Musse secara atas talian semalam.
Mediu kini mempunyai lebih 4,000 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di kampus secara konvesional dan secara jarak jauh atau atas talian terdiri 90 buah negara dengan penyediaan lebih 80 kursus akademik yang telah memperolehi akradetasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Mediu ditubuhkan sejak 2007 merupakan sebagai sebuah universiti antarabangsa di Shah Alam sebelum berpindah ke Desa Petaling pada 2018.
IPT yang ditubuhkan hasil kerjasama Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi adalah sebagai universiti berkonsep wakaf yang ketika itu dikenali universiti maya atau dalam talian sebelum memulakan pengajian dalam kampus pada 2010.
Misi Mediu adalah pendidikan berlandaskan Islam berteraskan pengajian Islam dan Bahasa Arab untuk menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan mengembalikan kepentingan itu sebagai bahasa ilmu di zaman keagongan Islam di Eropah sebelum ini. – MalaysiaGazette