Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Pembinaan Klinik Kesihatan Kuala Tekal yang baharu di Kuala Krau, Temerloh adalah bagi menggantikan bangunan klinik lama yang telah berusia 57 tahun.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, klinik baru tersebut dibina bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

“Kedudukan klinik itu juga amat sesuai dan strategik untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan Kerdau yang mula beroperasi pada 1 Julai lalu.

“Pembinaannya berlandaskan persekitaran kondusif dan sejajar matlamat Kerajaan Persekutuan untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Dengan pembinaan klinik ini juga dapat memberi kemudahan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitar,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Difahamkan, seramai 3,000 penduduk kampung Kuala Tekal menerima manfaat dan menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan di klinik baharu itu

Tambah Wan Rosdy, fasiliti disediakan Klinik Kesihatan Kuala Tekal setanding yang terdapat di kawasan bandar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast