KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menawarkan kepada penerima bantuannya mengikuti kursus pembangunan diri secara percuma.
Agensi itu berkata, lima kursus yang disediakan itu adalah pembangunan kerohanian asnaf fakir miskin, pembangunan mualaf, pembangunan usahawan asnaf, latihan kemahiran serta kerjaya dan pembangunan kerjaya.
“Inisiatif diambil bagi meningkatkan potensi golongan asnaf termasuk menjadi usahawan berjaya serta mempunyai pekerjaan stabil.
“Bukan mudah menyertai kursus dianjurkan pihak luar kerana kosnya adalah sangat tinggi,” kata LZS menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Justeru, golongan asnaf yang berminat boleh memohon untuk menyertainya menerusi pautan http://bit.ly/daftarkursuslzs. – MalaysiaGazette