Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak lodges a report to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) against the ex-banker of Goldman Sachs, Tim Leissner on the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case at the Headquarters of the anti-graft agency in Putrajaya. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 27 OCTOBER 2021
Najib Razak hadir membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas pengurus kanan, Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan kes 1MDB ketika di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Pada 27 Oktober lalu Datuk Seri Najib Razak tampil di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan terhadap bekas pengurus kanan Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selesai membuat laporan Najib mengeluarkan satu kenyataan media.

Beliau menarik perhatian mengenai kes pada tahun 2020 di mana Tim Leissner telah mengaku salah di mahkamah bahawa beliau pernah menyogok beberapa individu dari syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia yang nama-namanya tidak didedah secara umum.

Akibatnya, syarikat Goldman Sachs bersetuju membayar gantirugi sebanyak US$3.9 bilion bersamaan dengan RM16.4 bilion kepada kerajaan Malaysia tahun lepas.

Menurut Najib lagi, pada awal tahun ini peguamnya berjaya memenangi kes di Amerika Syarikat untuk mendapat senarai nama dalam pengakuan Tim Leissner yang telah disogok beliau.

Namun, kerajaan Amerika Syarikat melalui DOJ telah membantah keputusan mahkamah Amerika Syarikat dan telah menghalang nama-nama tersebut didedahkan.

Najib turut menyebut tentang kenyataan media seorang peguam dari syarikat guaman terkenal  Brafman and Associates yang mewakili seorang lagi pengurus kanan Goldman Sachs, Roger Ng bahawa senarai nama tersebut adalah bukti “exculpatory” atau “exculpatory evidence” yang boleh membersihkan namanya (Najib) daripada terlibat dalam penipuan 1MDB.

Pada 12 Mac lalu, peguam tersebut juga telah menulis kepada hakim Maargo K. Brodie berhubung bukti “exculpatory’ ((bukti yang boleh membebaskan tertuduh daripada pertuduhan) tersebut.

Berikut adalah isi kandungan tersebut yang telah diterjemahkan secara umum.

 

BRAFMAN & ASSOCIATES P.C

12 Mac 2021

Yang Arif Margo K. Brodie
United States District Court
Eastern District of New York
225 Cadman Plaza East
Brooklyn, NY 11201

Re: United States v Ng Chong Wah a.k.a Roger Ng

Hakim Brodie yang dihormati:

Kami menulis untuk memaklumkan kepada Mahkamah tentang perkembangan terkini yang relevan kepada Mahkamah membabitkan pertimbangan usul defendan berkenaan penemuan terkini dan bahan Brady.

Pada 9 Februari 2021, peguam Kerajaan yang ditugaskan untuk kes segera (“Kerajaan”) telah campur tangan dalam kes sivil berkaitan Goldman Sachs Group, Inc. dan Timothy Leissner di Daerah Selatan New York.

Ia bagi menghalang keputusan Hakim Katherine Parker yang mengeluarkan sapina ke atas Goldman Sachs dan Leissner membabitkan kes jenayah di Malavsia terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Relevannya perkembangan ini telah menjadi dua kali ganda.

Pertamanya, tindakan Kerajaan campur tangan di daerah lain bagi menghalang Goldman Sachs dan Leissner daripada mematuhi proses undang-undang yang diperintahkan oleh mahkamah berbeza adalah bukti jelas bahawa Goldman Sachs ialah saksi pendakwaan, sedang dilindungi dan mempunyai kepentingan bersama dengan Kerajaan.

Sekiranya wujud keraguan mengenai hubungan intim kerajaan dan Goldman Sachs, keraguan tersebut dileraikan apabila peguam negara yang bertindak sebagai pendakwaraya di dalam kes di Eastern District New York telah tampil sebagai peguambela pro bono untuk Goldman di dalam kes mahkamah di Souther Eastern New york

Satu lagi bukti jelas mengesahkan perkara di atas adalah perkembangan berikut. Goldman Sachs telah meminta masa sehingga 9 Februari 2021 untuk menjawab sapinayang dihantar kepada mereka. Sehari sebelum tarikh tersebut iaitu pada 8 Februari 2021, Kerajaan telah memfailkan ‘stay order’ terhadap sub poena yang dikeluarkan.

 

Jelas sekali, Kerajaan dan Goldman Sachs berkomunikasi mengenai sapina ini dan bagaimana ia harus dikendalikan. Oleh itu Ng meminta pendedahan semua surat-menyurat dan dokumentasi antara Goldman Sachs, peguamnya dan Kerajaan mengenai perkara ini.

Sebagai tambahan, Ng menuntut pendedahan semua surat-menyurat dan dokumentasi antara Leissner dan/atau peguamnya dan Kerajaan berkenaan pematuhan Leissner terhadap sepina.

Keduanya, seorang peguam dari syarikat guaman terkenal, Brahman and Associates yang mewakili seorang lagi pengurus kanan Goldman Sachs, Roger Ng, pernah mengeluarkan kenyataan media bahawa senarai nama itu adalah bukti memihak kepadanya (exculpatory evidence), yang boleh membersihkan nama beliau terbabit dalam penipuan 1MDB.

Namun demikian permohonan pihaknya melalui mahkamah di Amerika Syarikat untuk mendapatkan dokumen berkenaan dihalang oleh DOJ, menyebabkan Najib terpaksa meminta Peguam Negara memulakan proses ekstradisi terhadap Leissner atau mendapatkan maklumat berkenaan daripada pihak berkenaan.

Disebabkan Perintah Perlindungan dalam kes ini, peguam bagi Ng tidak mempunyai kebebasan untuk menerangkan bentuk bukti tersebut dan kami juga sedemikian. Bagaimanapun, peguam bebas untuk menyatakan, dan mungkin berkewajipan dari segi tataetika untuk mengatakan,bahawa Goldman Sachs dan Leissner memiliki bahan yang defendan (Najib) tidak memiliki/mengetahuinya.

Maklumat ini adalah konsisten dengan hujah pembelaannya seperti yang terdapat di dalam dokumen awam.

Berdasarkan hujahan Najib, beliau secara khusus meminta bukti terdapat pegawai 1MDB telah mengatur jenayah korupsi antara mereka sendiri dengan Jho Low atau Leissner atau pihak lain yang dikaitkan dengan mereka.

Ini menonjolkan bahawa walaupun mungkin terdapat hubungan rasuah yang melibatkan orang tertentu di 1MDB, ia adalah percaturan jenayah yang diputuksan secara bersendirian  oleh setiap ahli 1MDB yang berkenaan tanpa penglibatan bekas Perdana Menteri.

Bagi tujuan penjelasan, peguam mewakili Ng tidak membuat sebarang perbincangan atau komunikasi dalam apa-apa bentuk dengan peguam mewakili Najib.

Memandangkan perbicaraan Najib sedang berjalan di Malaysia, nampaknya beliau bergelut dengan masa untuk menerima bahan ini. Oleh itu, dengan berusaha untuk menghalang peguam Najib dari mendapatkan maklumat penting ini dari Goldman Sachs dan Leissner, Kerajaan secara aktif sedang menghalang bukti ekskulpatori (bukti yang boleh membebaskan tertuduh dari pertuduhan) daripada defendan sebuah kes jenayah semasa perbicaraannya.

Ng telah berulang kali membangkitkan isu Brady khusus mengenai perkara luar biasa berkenaan hubungan antara Kerajaan dan Goldman Sachs. Ng telah berulang kali menegaskan bahawa Kerajaan melindungi Goldman Sachs Ia merupakan satu perkembangan yang signifikan yang kini dibuktikan lagi apabila Kerajaan campur tangan di kes sivil melibatkan mahkamah daaerah lain bagi melakukan perkara yang sama.

Sehubungan itu, Ng meminta tiga perkara.

Pertama, Mahkamah mempertimbangkan maklumat baru ini sebagai bukti penting yang mampu membuktikan Najib tidak bersalah (Brady Material) tanpa mengambil kira hubungan simbiosis di antara kerajaan dan Goldman Sachs.

Tindakan Kerajaan baru-baru ini untuk campur tangan dalam kes di South District of New York dan menyelamatkan kedua-dua Goldman Sachs dan Leissner telah membuktikan hujah peguambela berulang kali – “bahawa Goldman Sachs jelas adalah sebahagian daripada ‘pasukan pendakwa’.

Kedua, Mahkamah memerintahkan Kerajaan untuk memberikan semua maklumat dan komunikasi kepada peguam Goldman Sachs dan Leissner sebagai pematuhan sepina.

Ketiga, Mahkamah mengubah suai Perintah Perlindungan yang akan membenarkan peguam Ng untuk memberikan maklumat tersebut kepada Mahkamah di Daerah Selatan sahaja yang jelas bersifat ekskulpatori.

Dikemukakan dengan penuh hormat,

Marc A. Agnifilo, Esq.
Zach Intrater, Esq.
Teny R. Geragos, Esq.
Jacob Kaplan. Esq.
CC:
Penasihat Kerajaan (melalui ECF)

********
Dalam pemfailan Najib, beliau menyatakan “(terdapat tekanan masa untuk meneruskan penemuan dalam tindakan ini: semakin jauh Prosiding Malaysia berjalan, semakin kurang bernilai penemuan daripada kes ini. ” (Lihat Najib Dkt. 36 at 1.)