Kilang bijirin. Gambar hiasan

GENEVA – Harga makanan global telah mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih sedekad selepas meningkat lebih daripada 30% pada tahun lepas, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFAO).

Menurutnya. kos bijirin dan minyak sayuran yang melambung tinggi di seluruh dunia.

Harga minyak sayuran mencecah rekod tertinggi selepas meningkat hampir 10% pada bulan Oktober.

Gangguan kepada bekalan, harga komoditi yang tinggi, penutupan kilang dan ketegangan politik telah memacu kenaikan harga.

UNFAO berkata, harga bijirinnya meningkat lebih daripada 22% berbanding tahun sebelumnya.

Harga gandum adalah salah satu penyumbang utama kepada kenaikan ini, meningkat hampir 40% dalam tempoh 12 bulan lepas selepas pengeksport utama – seperti Kanada, Rusia dan AS – menghasilkan tuaian yang lemah.

“Dalam isu bijirin, sesiapa boleh mengatakan bahawa perubahan iklim yang akhirnya menyebabkan pengeluaran menurun/

“Tetapi kita mengalami tahun tuaian yang teruk di kebanyakan tempat,” kata Peter Batt, Pakar Perniagaan Tani di Curtin Business School kepada BBC.

UNFAO berkata, indeks harga minyak sayurannya telah ditolak oleh kenaikan kos minyak sawit, soya, bunga matahari dan biji sesawi.

Dalam kes minyak sawit, harga telah dipacu lebih tinggi selepas pengeluaran dari Malaysia “terganggu” disebabkan kekurangan pekerja asing yang berterusan, kata UNFAO.

Kekurangan tenaga kerja membantu menaikkan kos pengeluaran dan pengangkutan makanan di bahagian lain dunia juga.

Batt berkata: “Masalah lain yang timbul ialah mengeluarkan produk. Sebagai contoh, di Australia, kami mempunyai banyak kapal yang tiba untuk mengambil makanan tetapi kami tidak dapat meminta kru masuk kerana Covid-19,”.

Gangguan penghantaran juga disebabkan harga susu, dengan kos produk tenusu meningkat hampir 16% sepanjang tahun lepas.

Brigit Busicchia dari Universiti Macquarie berkata, spekulasi mengenai pasaran global juga menyumbang kepada turun naik harga.

“Sejak 1990-an, penyahkawalseliaan dagangan niaga hadapan komoditi telah membolehkan pelabur institusi memasuki pasaran ini secara besar-besaran.

”Ini memberi kesan khusus kepada negara yang bergantung kepada import makanan,” jelasnya sambil menjangkakan Mesir dan negara Timur Tengah yang lain akan mengalami ketegangan dalam bekalan bijirin,” katanya.

Busicchia juga menekankan kenaikan harga makanan lazimnya dirasai paling teruk oleh golongan miskin, kerana kumpulan yang kurang bernasib baik semakin terdesak ke dalam kemiskinan dan ini berpotensi meningkatkan ketegangan sosial dan politik. – BBC