Kes jangkitan hari ini menurun sedikit berbanding semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes harian jangkitan Covid-19 sehingga tengah hari ini sebanyak 4,343 kes dengan kumulatif jangkitan 2,506,309.

Menurut laporan portal rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), covidnow.moh.gov.my, laporan kematian pula direkodkan sebanyak 54 kes sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak12 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data dikongsi juga, KKM melaporkan, tiada kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, semalam.

Justeru, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat semalam adalah 29,256, manakala keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,919.

Dalam pada itu, seramai 544 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 280 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – MalaysiaGazette