Keadaan bas yang dibakar di utara Ireland. foto dw.com

DUBLIN – Empat lelaki merampas dan membakar sebuah bas komuniti di utara Ireland pada petang Ahad.

”Dalam kejadian itu, empat lelaki menaiki bas dan mengarahkan penumpang turun sebelum bas itu dibakar,” kata polis dalam satu kenyataan.

Polis berkata, mereka menerima laporan mengenai insiden rampasan bas di kawasan Church Road di Newtownabbey, sebuah penempatan di utara Belfast, sekitar 7.45 malam.

Tiada laporan kecederaan.

“Jalan itu ditutup dan lencongan sedang dilakukan dan polis meminta orang ramai mengelak daripada kawasan tersebut,” tambah kenyataan itu.

Pengendali bas Translink berkata, pemandu dan sebilangan kecil penumpang selamat turun dari bas sebelum ia dibakar.

“Kami sangat kecewa dengan serangan menakutkan ke atas kakitangan kami dan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan itu. Kami benar-benar mengecam tingkah laku ini dan akan bekerjasama rapat dengan polis untuk menyiasat kejadian ini,” kata kenyataan syarikat bas tersebut.

Kejadian ini adalah kali kedua berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kaitkan dengan isu pasca Brexit. – Reuters