BEIJING – Gergasi e-dagang, Alibaba Group Holding merekodkan tempahan atau nilai barangan kasar (GMV) sebanyak 540.3 bilion yuan (RM352.08 bilion) semasa jualan murah Hari Orang Bujang, semalam.
Angka itu melonjak 14 peratus berbanding tahun lepas meskipun kadar keseluruhan kepenggunaan di China perlahan.
Sebelum sesi jualan 11.11 itu bermula, para penganalisis menjangkakan Alibaba hanya mampu merekodkan peningkatan kecil dari segi GMV tahun ini.
Ia didorong oleh kelembapan jualan runcit, kekurangan bekalan, gangguan tenaga dan sekatan pergerakan akibat Covid-19.
Alibaba menukar sambutan tidak formal Hari Orang Bujang di China kepada acara membeli-belah pada 2009 dan seterusnya menjadi pesta pembelian atas talian terbesar di dunia.
Tahun lepas, syarikat itu mengaut AS$74 bilion GMV sepanjang tempoh jualan murah berkenaan.- Reuters