covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 49 kematian yang diakibatkan jangkitan Covid-19 setakat semalam dan 14 daripadanya merupakan kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan data perkongsian COVIDNOW, sehingga kini jumlah keseluruhan kematian adalah 29,535.

Sabah merekodkan kematian tertinggi iaitu 12 kes.

Ia diikuti dengan Perak (9), Sarawak (7), Selangor (7), Terengganu (6), Kelantan (3), Johor (2), Kedah (1), Pahang (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sementara itu, tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Penang, Labuan dan Putrajaya.

Semalam dilaporkan sebanyak 6,928 kes positif baharu.

Dalam masa yang sama, sebanyak 63,827 kes aktif direkodkan.-MalaysiaGazette