Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat satu kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pada 10 November lalu, rakaman video berkaitan insiden itu telah tular di media sosial.

“Video berdurasi 43 saat mengenai insiden yang tular di media sosial itu memaparkan sekumpulan individu yang sedang bergaduh dipercayai berlaku di Ladang Merdeka Mulong, Kota Bharu.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut tetapi sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima daripada mereka tang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Rahim, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu polis dengan menyalurkan maklumat bagi menyelesaikan siasatan kes tersebut.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri ke atas sesuatu perkara yang berlaku dan perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan,” tegasnya.- MalaysiaGazette