Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Seorang lelaki warga Filipina maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas di selekoh Jalan Tengku Muhammad berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta, di sini, lalu melanggar tiang letrik awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian pukul 3.40 pagi itu pemandu Toyota Hilux itu datang dari arah Teluk Cempedak menghala ke Semambu.

“Setibanya di lokasi kejadian ketika pemandu sedang bergerak melalui selekoh dan tiba-tiba telah hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik disebelah kiri bahu jalan,” katanya.

Tambah beliau, mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Jelas Wan Mohd Zahari, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kemalangan berlaku.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat selepas keputusan ujian calitan Covid-19 diperolehi.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast