Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 183 aduan dan 81 maklumat mengenai penjualan produk Ivermectin yang tidak berdaftar dan digunakan sebagai rawatan atau pencegahan Covid-19 sepanjang 2020 hingga 12 Okt lepas.

Kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen menyatakan berdasarkan pengesahan yang dibuat, 43 premis diserbu dan 17 pemeriksaan dilakukan tahun ini dengan nilai rampasan berjumlah RM124,815.

Menurut KKM, 17 premis pula diserbu pada tahun lepas dengan nilai rampasan berjumlah RM7,193.

KKM juga meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan melibatkan pengiklanan dan penjualan Ivermectin secara dalam talian.

“Terdapat pengiklanan dan penjualan keluaran Ivermectin di platform e-dagang telah diarah untuk diturunkan dan sejak tahun lepas, pihak syarikat pengendali platform diarah menyekat sebarang produk ubat-ubatan berkaitan Covid-19,” menurut kementerian itu.

Kementerian berkenaan menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam mengekang isu penjualan produk Ivermectin tidak berdaftar dan digunakan sebagai rawatan atau pencegahan Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast