RMAF Hawk 108 fighter jet pilot air crash Allahyarham Captain Mohamad Affendi Bustamy
Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy

SEBERANG JAYA – Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbunuh dalam insiden pesawat terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth selesai dibedah siasat.

Proses bedah siasat Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy dilakukan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini kira-kira jam 9 pagi ini.

MalaysiaGazzette difahamkan, jenazah mangsa akan dikebumikan di kampung halamannya di Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Solat jenazah akan didirikan di Masjid Utama Muadzam Shah.

BACA: Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti

MalaysiaGazette semalam melaporkan seorang juruterbang maut manakala seorang lagi cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas kira-kira pukul 10.07 malam.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan mengesahkan identiti mangsa maut sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala juruterbang yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar.

Mejar Mohd Fareez kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala jenazah Kapten Mohamad Affendi turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang terbunuh, seorang cedera pesawat TUDM terhempas di Butterworth