Enggan menjawab Perikatan Nasional (PN) bersedia atau tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri di Melaka, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya mahu melihat keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) terlebih dahulu.
Pengerusi PN itu berkata, apa yang penting buat masa ini adalah kempen di masa akhir dalam masa yang sama memastikan pilihan raya yang akan berlangsung pada 20 November ini, berjalan lancar.