Fetty Dzul.

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1970-an, Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima pada usia 63 tahun di Hospital Selayang pagi ini.

Berita sedih pemergian Fetty atau nama sebenarnya Fatimah Abd Rahim itu yang terkenal dengan watak antagonis dikongsikan anak arwah dikenali sebagai Ijat.

Menurut Ijat, ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak 7 November lalu.

“Semoga Allah mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya.

“Terima kasih di atas semua ingatan dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.

“Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan, minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul,” katanya kepada mStar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast