KUALA LUMPUR – Empat pasukan melayakkan diri ke separuh akhir Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi kedua suku akhir malam ini.
Terengganu FC berjaya mengesahkan tempat apabila menumbangkan Sarawak United 4-2 pada aksi suku akhir kedua di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.
Kemenangan 6-3 secara agregat itu menyaksikan separuh akhir bakal menampilkan satu lagi aksi hebat apabila mereka dijadual bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad Harimau Selatan turut mengesahkan slot ke pusingan empat terbaik apabila menewaskan naib juara edisi 2019, Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 secara agregat.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Melaka United akan bertemu Kuala Lumpur City FC untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada 30 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ini selepas anak buah Zainal Abidin Hasan menewaskan Sabah FC dengan agregat 2-0 manakala skuad kendalian Bojan Hodak menang bergaya 3-0 secara agregat ke jiran Lembah Klang, Selangor. – MalaysiaGazette